Insights from Inside Look, then, into thine heart, and go to fishing

Insights from Inside Look, then, into thine heart, and go to fishing

Saturday, May 21, 2011

Jom kita kenali zaujah Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam

Muslimah membangunkan UMMAH

Dalam suasana saya mengakhiri sesi kajian terperinci tentang kehidupan sirah nabawiyyah ini, maka banyak sungguh yang memberi ibroh yang tidak dapat dilupakan sepanjang berada di Jazirah Syam, na'am sudah tentu semua ini proses tarbiyah bagiku mengetahui dengan terperinci apa yang dinamakan belajar dari sirah, alhamdulillah bertemu Duktur hunak Mustafha Abu Ziyad [Duktur sirah jami'ah mu'tah]cukup terkesan bagiku untuk memtadbi'kan apa yang dipelajari ini.

Suatu ketika dikampus dulu, guru pembimbing ruhaniku pernah memberi gambaran tentang Sirah nabi yang sesuai dicontohi semua golongan lapisan masyarakat,katanya muhhim jiddan, beliau sangat menekankan kehidupan baginda Sollallahu Alaihi Wassalam, rupa-rupanya ini memang di contohi pewarisnya di kalangan ulama' hari ini, kaitannya sungguh mendalam, dulu lagi saya pelajari bagaimana para ilmuan sepertinya, Dr.Said Ramadhan Al-butti[dalam fiqh sirahnya, 3jilid dalam Bahasa Melayu], kemudiannya sirah ibnu hisyam yang dikongsi sumber utama dari ibnu ishak, sampailah saya kenali pena haraki seperti Duktur Mustafha As-Siba'ei(dalam sirah nabawi dan ibrahnya), sampailah saya ke Jazirah Syam, maka kitab ditambahkan lagi, maka mengenalilah kitab seperti Ar-Rahiqqul Makhtum(الرحيق المختوم) yang terperinci kisahnya, ketika membacanya seolah-seolah sedang berada ketika para sahabat sedang berperang di medan Mu'tah aje, perasaan menerewang dibacanya pula ketika sedang melihat-lihat kesan ghazwah yang dekat dengan rumah ini, iaitulah jalan ke Jami'ah, subhanallah.

Maka, disedari semua inilah hasil didikan Rasulullahi sollallahu alahi Wassalam yang menjadikan Qudwah Hasanah(contoh ikutan terbaik) apa lagi yang tiada dalam kehidupan manusia hari ini yang tidak diperlihatkan lebih awal tandanya oleh Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam.

Hari ini Duktur Mustafha memaksa kami mengenali zaujah-zaujah Rasulullahi sollallahu alahi wassalam, marah sungguh dia di dalam kuliah jam 12.30 soifi(musim panas ini), walaupun hampir masuk ke fatrah imtihan thani, langsung tidak di sentuh buku sirah itu, ia menerangkan dengan spontan lagi mantap, supaya pelajarnya mengambil ibrah penuh wibawa, bukan kerana kertas imtihan, limaza antum la a'arif?! haaza muskilah..

Mana taknya di dalam kuliah tiada yang dapat mendapat jawab soalannya siapakah Zainab Binti Jahs, kuliah sirah setiap hari rabu itu yang terdiri dari bangsa Arabiah, Thailand, Brunei, Malaysia itu jadi senyap, malah membisu seperti"kanak-kanak mendapat aiskrim setelah penat menangis memintanya pada bapanya" di tepuknya meja pensyarah itu, lagi senyap tullabul ilmi ketika itu, mujurlah saya teringat sedikit bahawasanya Zainab Binti Jahs inilah yang menjadi zaujah kedua bagi diri Rasullullahi Sollallahu alahi Wassalam setelah Zaid bin Harishah sahabat baginda yang hebat..itu sahaja dapat ku jawab bagi mengisi sedikit masa yang terlalu senyap di bilik kuliah bersama duktur pakar fikrah itu, alhamdulillah duktur menerima lantas di ucapkan sukran jazakallah ya malizi, bersyukur barakallah.

Inisiatifku jalankan, setelah berusrah dan bermunaqosah dengan teman-teman, hati menjadi tenang setelah resah sebentar[supaya gelisah bernilai ibadah]..akh solihin teman saya yang hebat thaqofah sirahnya memberi sesuatu dalam munaqosahnya..kerap kali menyoal perihal sirah yang membawa ibrah menajamkan tumpuan kami, sukron iye, maka sekarang Jom kenali zaujah-zaujah Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam..pada rakan pena saya dari team dari dapur itu, apala salahnya sesekali puan-puan memasak sambil mengenali zaujah nabi, malah kebanyakkan sirah nabi menunjukkan isteri baginda sangat hebat dalam Dekorasi rumah tangga, sampaikan mereka bergilir dalam mengikuti siri peperangan Rasululahi Sollallahu alahi Wassalam sebagai sayap kiri perJUANGan.[USAH jemu memberi].

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud,
“Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah
yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya
dan aku adalah yang terbaik dalam mempergauli keluarga ku.”

Siti Khadijah Binti Khuwailid Radhiallahu anha.
Nabi mengahwini siti khadijah ketika berumur 25 tahun, sedangkan siti khadijah berumur 40 tahun, dan sudah bernikah 2 kali sebelum melamar Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam,

Suami pertamanya ialah Abu haleh at-tamimi dan Atiq bin a'bid al-mahzumi, kedua-duanya meninggal dunia dan menyebabkan siti khadijah menjadi janda, kemudian 15 tahun setelah berkahwin dengan siti khadijah, Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam diangkat menjadi nabi iaitu ketika baginda berumur 40 tahun. Siti khadijah meninggal dunia ketika nabi memerlukannya, pada tahun ke sepuluh setelah pengutusan baginda sebagai rasul, baginda sangatlah mencintainya sehingga setelah sepeninggalan siti khadijah barulah Rasulullahi Sollallahu alaihi Wassalam bernikah dengan wanita lain..dikurniakan anak-anak ketika bersama baginda, (1)Zainab, (2)Qassim, (3)Ruqaiyyah, (4)Umi kalthum, (5)Siti fatimah dan (6)Abdullah.

Saidatina Sa'udah Binti Zuma'ah Radhiallahu anha.
Suami pertamanya As-sukran bin amru, yang kemudian meninggal dunia ketika pulang dari ethiophia(Habsyah), umur saidatina sa'udah berumur 65 tahun, seorang miskin dan tiada yang akan mengurusinya maka Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam menikahinya sebagai satu pertanggungjawaban.

Saidatina Aishah Binti Abu Bakar Radhiallahu anha.

Bagi merapatkan hubungannya dengan keluarga mulia sahabatnya Abu bakar as-siddiq, maka Rasulullahi sollallahu alaihi Wassalam mengutuskan seorang wanita bernama khaulah binti hakim untuk melamar siti aishah binti abu bakar as-siddiq.

Dan pada ketika itu siti aishah sudah dilamar oleh seorang musyrikkin, iaitu Muth'im ibn Adi untuk anak lelakinya bernama Jabir ibnu muth'im, namun kebimbangannya melihat mungkin anaknya juga akan memeluk islam dibatalkan ikatan itu. Waqi'iyyah orang-orang Makkah ketika itu tiada keberatan menerima perkahwinan siti aishah, kerana walaupun masih muda namun mengerti sebuah tanggungjawab dalam perkahwinannya.

Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam bertunang dengannya selama 2 tahun sebelum mengahwininya dengan hantaran sebanyak 200 dirham, Saidatina Aishah wafat ketika di madinah, bulan ramadhan tahun 58 hijriah.

Saidaitina Hafsah Binti Umar Radhiallahu anha.

Hafsah adalah puteri daripada Saidina Umar Al-Khattab, suami pertamanya ialah Khanish bin khuzafah as-shahmiy yang telah gugur syahid di dalam peperangan UHUD.

Pada mulanya Umar meminta Uthman mengahwini anaknya, tetapi uthman menolak kerana isterinya baru sahaja meninggal dan belum mahu berkahwin lagi, kemudian umar berjumpa abu bakar as-siddiq dan memintanya mengahwini hafsah, ditolak juga, dan umar mengadu pada Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam, baginda memberi perkhabaran gembira kepada umar al-khattab bahawa hafsah akan berniqah uthman juga akan berniqah sekali lagi.

Maka akhirnya, Uthman bin Affan mengahwini puteri Rasulullahi Sollallahu alaihi Wassalam dan baginda sendiri berniqah dengan Hafsah Binti Umar. Hal ini telah menggembirakan kedua-dua sahabat yang hebat itu. Wafatnya pada tahun 41 hijriah di Madinah.

Saidatina Zainab Binti Khuzaima' Radhiallahu anha.

Dalam sirahnya beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Jahs, yang telah syahid dalam peperangan UHUD, merupakan sepupu Rasulullahi sollallahu alahi wassalam.

Maka dalam usia tua Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam mengahwininya bagi memberi satu amanah pada diri baginda, maharnya hanyalah sebanyak 400 dirham, dan wafat di Madinah(yathrib), pada rabi'ul akhir tahun 4 hijriah, iaitu setelah 3 bulan perkahwinannya dengan nabi Sollallahu alahi Wassalam.

Saidatina Hindun Binti Abi umayyah Radhiallahu anha.

Lebih dikenali dengan ummu salamah, Suami awalnya adalah Abu salamah abdullah bin abdul assad, juga sepupu bagi Rasullullahi Sollahu alahi Wassalam, suaminya itu telah meninggal dunia dan meninggalkan dirinya dalam keadaan faqir dan miskin bersama anak-anaknya.

Saat itu umurnya berusia 65 tahun, dan beberapa sahabat, iaitu Abu bakar as-siddiq meminta untuk mengahwininya bagi menanggung deritanya lantas ditolak disebabkan kecintaan pada suami yang pertama.

Maka Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam mengahwininya setelah itulah baginda merawati anak-anaknya, barulah beliau bersedia dengan kehidupan yang baru dan bahagia, dan pastinya ia termasuk dalam ahli bait nabi yang dijanjikan syafaat oleh baginda di akhirat nanti.wafatnya pada bulan syawal tahun 61 hijriah.

Saidatina Zainab binti Jahs Radhiallahu anha.

Merupakan puteri kepada ibu saudara Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam, iaitu umamah binti Abdul mutalib, Pada mulanya perkahwinan ini diaturkan oleh nabi dengan zaid bin haritshah(merupkan anak angkat baginda),

Namun perintah Allah dirakamkan didalam Surah al-ahzab:37, setelah ditalakkan Zainab binti Jahs yang cukup tempoh iddahnya, maka diperintahkan Rasulullahi Sollahu alahi Wassalam mengahwininya, kerana tiada sekufu dalamnya bagi menjamin kebahagiaan dan hikmah disebaliknya.Wafatnya pada tahun 20 hijriah di Madinah.

Saidatina Juwairiah Binti Harith Radhiallahu anha.

Suami pertamanya ialah Masafi' bin Safwan, beliau merupakan anak kepada pembesar yahudi bani mustaliq, al-harith al-yahudi, dan Rasulullahi Sollahu alaihi Wassalam menyeru bani musthaliq memeluk islam, dan ketika kemenangan tentera islam dalam peperangan itu ditawan Juwairiah dan beberapa wanita yahudi yang lain.

Setelah itu datang bapanya untuk menebus dirinya, nabi memintanya memilih samada mahu memeluk islam ataupun sebaliknya, diberikan hak memilih maka dipilihnya islam dan menyatakan bahawa Rasululllahi Sollallahu alahi Wassalam adalah nabi utusan terakhir, dengan itu diselamatkan Juwairiah dengan dikahwininya oleh baginda, setelah itu mengikut sirah, ramai dikalangan Bani Mustaliq memeluk agama ISLAM. Wafatnya pada tahun 56 hijriah di Madinah Al-munawwarah.

Saidatina Safiyyah Binti Huyyay Radhiallahu anha.

Mempunyai suami terdahulu iaitu Salam ibnu musykam, kemudian Kinanah ibnu ar-rabi' keduanya dari bangsa yahudi, ayahnya pula Huyyay ibnu Akhtab juga adalah dikalangan Yahudi bani nadhir.

Rasulullah Sollallahu alahi Wassalam membebaskannya di peperangan KHAIBAR, serta mengahwininya, serta memuliakan taraf wanita itu dengan sebaiknya bukan seperti yang dilakukan kaum asalnya dahulu. Mahar perkahwinan dengan safiyyah ialah pembebasannya.

Wafatnya pada tahun 50 hijriah di Madinah.

Saidatina Ramlah Binti Abi Sufiyan Radhiallahu anha.

Lebih dikenali dengan panggilan ummu habibah, suami pertamanya ialah abid allah jahish,yang telah meninggal dan dia menetap di ethiopia(habsyah) kemudian beliau tinggal di habsyah, Raja habsyah iaitu raja najasyi telah pun mengatur perkahwinan dengan baginda sollallahu alahi wassalam, dengan maharnya sebanyak 400 dinar.

Dan menetap bersama Rasullullahi Sollallahu alahi Wassalam. di madinah ketika nabi berusia 60 tahun, dan ummu habibah ketika itu dalam lingkungan 30 tahun.meninggal pada tahun 44 hijriah di Madinah.

Saidatina Maimunah Binti Haritsh Radhiallahu anha.

Mempunyai dua orang suami terdahulu iaitu, Mas'ud bin amru bin amir as-saqofi, dan kedua Abu rahma bin abdul ghazi, masih berumur 36 tahun ketika berniqah dengan Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam yang berusia 60 tahun ketika itu.

Perkahwinannya memberikan kesan pada penduduk makkah menerima ISLAM dan dakwah nabi, beliau berjumpa sendiri dengan Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam bagi memeluk ISLAM dan meminta agar nabi mengahwininya.Meninggal dunia di Makkah Al-mukarramah pada tahun 51 hijriah.

Saidatina Mariah Binti Sam'uun Radhiallahu anha.

Dia awalnya hanyalah seorang pembantu mulia bagi menguruskan rumah tangga Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam, yang telah dikirim oleh Raja mesir ketika itu.

Dia sempat melahirkan anak yang diberi nama Ibrahim, dan Ibrahim akhirnya meninggal dunia ketika berusia 18 bulan, Nabi sangat sedih dengan kematian anaknya itu, namun memberi hikmah dibaliknya. Mariah akhirnya meninggal dunia 5 tahun kemudian iaitu pada tahun 16 hijriah di Madinah, di sirahkan dengan Umar Al-khattab telah menjadi imam solat jenazahnya dan di kebumikan di perkuburan Al-Baqi'.

Penutup; Mudah-mudahan sedikit sumber ini memberikan inspirasi terhadap umat islam yang mengaku mencintai Nabi Sollallahu Alahi Wassalam serta ahli keluarga Baginda, sesungguhnya sedikit sukar yang bermanfaat lebih baik daripada banyak yang menyusahkan,

[Supaya gelisah bernilai IBADAH].

Sumber; Ar-Rahiqul Makhtum, Fiqh sirah, Sirah Ibnu Hisyam, www.mrafamily.com.

No comments:

Post a Comment